Saturday, October 31, 2009

carrymark TK123

saya da upload kan carrymark TK123. sila semak markah amasing-masing. kalo xpuas ati atau perlu penjelasan lanjut..jumpa saya.
*markah yang saya upload tu lam format .docx. sila delete selepas tengok markah awak. tlg jgn ubah atau print atau sebarkan lam apa jua bentuk (hard/softcopoy) kepada sesiapa pun.terima kasih.

http://www.esnips.com/web/tk123

Thursday, October 29, 2009

nota bab 1-17..

seme nota da upload. cuma handout yang saya bagi lam kelas tu xde softcopy. selamat menjawab soalan dan semoga berjaya. insyaallah saya akan upload carrymark b4 ur final xm.

Wednesday, October 28, 2009

dipetik..

cite ni ditulis oleh seorg kawan..mungkin some of d stud already read this article. somethings nice to share with....and to this particular friend..sori gua cilok lu nye artikel jap..

tajuk:dan bila
Ini bukan karangan macam dalam sekolah menengah. Ini juga bukan cerita spektra zaman RTM takde orang nak tengok. Ini pun bukan cerita cilaka yang kebanyakkan kita dengar dari mulut ke mulut.

Ini barangkali cerita yang kau akan baca ulang-ulang sampai mati. Baca sampai hafal. Baca dengan nafas kau turun naik.

Perhatian manusia.

Aku prefer manusia.

Aku tidak menggunakan istilah anak muda atau remaja. Barangkali ia tidak melibatkan kesemua mereka. Orang dewasa pun sama juga. Kita semua manusia. Ada yang sampah ada juga tinggi sangat diagungkan.

Ceritanya senang. Begini, budak perempuan ini boleh dikatakan jenis segar dari ladang. Gadis kampung. Baru nak up. Mahu kawan-kawan ramai. Baru nak pandai dressed up. Ahh, kalau tengok biasa-biasa sahaja. Baru nak kenal fesbuk, baru tahu myspace tu bukan sejenis kuih. Macam terkena kejutan budaya.

Si lelaki pula tidak kurang hebat. Rambut pacak kaler blonde. Naif. Ada gaya kasanova. Mulut manis bergula. Sekali tengok ada macam M. Nasir. Dua kali tengok macam shuffle pun ada. Si Lelaki memang berkira-kira nak dapat makwe berbekalkan dress up dan muka ketat yang macam nak kena takraw. Wadefak laa.

Dan demikianlah perihalnya.

Si perempuan akhirnya berkenalan dengan lelaki. Berkawan. Keluar bersama. Ber mesagge-message. Bermotoran. Berdatingan. Berpegangan. Beramas-ramasan. Berpelukan. Bercumbuan. Dan Berzinaan.

Senang bukan cerita ini. Mudah. Ramai dah pernah dengar. Pernah lihat. Pernah jemu. Pernah jelik. Tapi tidak serik. Si perempuan merelakan tubuh di gadai demi cinta dan kata-kata manis si Lelaki durjana. Oh, aku terlupa, ada istilah Cinta rupanya. Cinta apakah ini? Jika sanggup menghalalkan yang haram. Terlalu bangang agaknya. Zero consideration. Bayangkan apakah kata-kata Lelaki kepada perempuan sehingga perempuan merelakan dirinya tidak lagi bergelar dara.?

Situasi

1. "Abang akan kahwin dengan sayang, kalau sayang sanggup bagi apa yang abang mahukan."

Ulasan: Memang fakap. Takder yang lebih geli selain dialog drama-drama Spektra.

2. "Baby, boleh tak hubby nak try before we get married, i just want to get used to it"

Ulasan: Try kepala hadas dia. Kalau nak try sangat, pergi try dekat anjing.

3. "Kalau kita make love, Cinta kita akan kekal and i akan lagi sayang you selama-lamanya"

Ulasan: 'Cinta kita akan kekal' tu pon dah tunjukkan si Lelaki ni macam cilaka. Apa, sebelum ni cinta tak kekal ka? Pergi mampus.

Bukan nak marah. Bukan nak bengang. Andai satu kes terjadi. Kes yang ironinya, Kita semua tak menjangka akan berlaku. Macam ini.

Si Lelaki dan perempuan Kantoi. Kantoi beromen. Tak perlu ulas lanjut.

Si Lelaki menghadap dan terbukti bersalah. Persoalanya, bukan salah atau tidak. Salah atau tidak belakang kira.

Orang pejabat agama tanya kepada si Lelaki seorang diri.

"Awak sayang perempuan ni?" Orang pejabat Agama.

"Tak" Lelaki beromen.

"Awak sanggup kahwin perempuan yang ini?"

"Mampos pun saya taknak" ujar Lelaki dengan bongkak.

Orang pejabat agama menemubual perempuan seorang diri.

"Awak sayang lelaki ini?"orang pejabat agama.

"saya sayang sangat pada dia" keluh lembut perempuan itu.

"Awak sanggup kahwin dengan dia?"Orang pejabat agama lagi

"Saya sanggup kahwin dengan dia. Apa sahaja demi dia!!" tegas perempuan.

Ironi bukan.

Wahai kaum hawa di luar sana. Tahukah kau siapa yang lebih ramai masuk dalam jahanam sana. Janganla setakat kata-kata puitis. Janji-janji yang dibuat atas graviti. Jatuh tak bererti. Atau cinta di atas bibit-bibit shakespeare. Kau jual tubuh kau dengan harga paling murah. Kau gadai tubuh kau begitu mudah dengan janji yang entah ke mana. Mungkin ada nyawa baru dalam tubuh kau yang entah macam mana nasib ber bin kan siapa?

Aku juga ada adik perempuan. Aku juga ada kawan yang bernafsu cilaka. Perempuan.
Aku bagitahu kau. Dunia ini bukan lagi tempat selamat. Mungkin tempat paling tak selamat. Sebelum kau lemas, kau perlu melawan. Aku juga punya sepupu perempuan. Juga anak-anak pelajar perempuan. Dan aku berdoa agar mereka selamat selalu.

Please.


harap2 artikel ni mengubah fikiran stud-stud saya..masih belum terlambat untuk berubah..masih belum terlambat untuk menghindar..masih belum terlambat untuk menyesal, berubah dan memilih jalan hidup yang lebih diredhai..kite seme pernah buat silap..kite semua pernah berdosa..tp pintu taubat sentiasa terbuka untuk umat-umat Rasulullah. ingat kedua ibu bapa kite, keluarga kite. keseronakkan sementara yang akan berparut dimuka selama-lamanya..

Sunday, October 18, 2009

nota bab 15:pengenalpastian masalah sistem pengoperasian

nota bab15 da upload..sila download di
http://www.esnips.com/web/tk123

Thursday, October 15, 2009

MILK

raye ari tu..seme cousin2 balik kampung..ada la sorg cousin nie..comel sgt..umur 4taun setengah. medium komunikasi..eng budak2.. muka mcm cina..coz mak die cina.. nama nik natasya nur alisya.. pjg nma die coz die ni anak tunggal. sorg anak letak 2 nama..huhu satu ari.. adam nak susu..die nangis2..tasya tye "wats wrong with him??". pastu saya jwb "he wants milk(saya sebut miilk)".. pastu tasya tegur, she sayz "milk(sebut mielk) not milk(sebut miilk)". hehe..tebal rasa kulit muka..kene tegur ngan budak kecik.husband saya terkekek-kekek gelak. hmm nmpk gayanye saya pn kene amik kelas english la lps nie..huhu

p/s:moralnye..mari kite sama-sama blaja bahasa inggeris.. nnt malu kena tegur ngan budak..hempeh


Wednesday, October 14, 2009

my worries..(lps bc blog ros)

lame dah xnyentuh blog nie..kalo bukan nk upload nota or nk bg info kat stud..mesti xbukak blog. hai..gayenye stud lg advanced dari lecturer..lps nie saya plak kena blaja ngan dak2 nie..

ari ni KPTMKB staff celebrt raya..tema nye cukup menarik sekali

1 MALASIA,
1 KPTM,
1 HARI RAYA,
1 SAMBUTAN,
RAIKAN BERSAMA

bagi saya tema nie menarik sbb bukan saja temanya menyahut tema PM, malah memberi cukup erti bagi KPTM sendiri amnya dan KPTM KB khususnya..Maklumla..dl adik beradik tiri..hrp2 lps nie ble la jd adk-bradik kndg plak..huhu boombastik gile ayat.

act..bkn itu kebimbangan sy. yang saya risaukan ialah keadaan pelejar2 saya nie..hmm how should i put this...nampk mcm xbersungguh nk blaja. dah la final makin dekat tp asyik main2 gak. alwayz wait till the last moment. hero xgaduh. baik hero or heroin..seme xgaduh. sblm marking kertas ujian..mood setenang air di tasik..tapi bila baca 1 skrip..1 skrip..1 skrip..terus mood dah jadi seperti laut dilanda tsunami..ntah pe2 la bdk2 ni jwb. ke sy syok sendiri ngaja lam kelas??? hai..kalo diikutkan hati..mau sy campak je lam sungai Kelantan. huhu tp pe nk wat..tggjwb.

lg satu yang dibimbangkan ialah attitude plaja nie..hmm..baik boyz/gurlz..baik dtm/dpp/dac/dbm..bukan sya nk kisah sgt hal2 peribadi stud nie.. alhamdullillah.. setakat nie KPTM KB nie dikurniakan dengan plaja yang cantik2 dan ensem2 semuanya..indon kate..ganteng2. tapi lebih cantik kalo yang cantik itu tidak di show off pd seme org.memadai la kalo sikit2 je..hehe..yang lebih tu tunjuk pd yang berhak suatu hari nnt. lebih besar nikmatnya.tang pki tu satu..lum msuk lg tang couple2 nie..cuba contohi dtm5 couple. dorg xde pun tunjuk2 kat dpn lect nie..so kitorg pun xde la berbulu mata mandang.kalo dah jodoh xkemana..respect skit kat org yang lebih tue nie..sekurang2nye dpn senior or lect, kontrol la skit.

akhir skali maaf la kalo sy terkasar bahasa..di hujg bulan Syawal yang mulia ini..mari la kite sama-sama bermaaf-maafan antara satu sama lain saya menyusun sepuluh jari jk luahan saya ini menimbulkan ketidakselesaan dikalangan pelajar2.(boombastik lg). no hard feeling k!sapa makan cili..die yg terasa pedasnye.xpuas ati? jumpa kat trek..huhu